KUANTAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang menggagalkan cubaan menyeludup masuk 5.13 kilogram serbuk putih dipercayai etomidate yang dianggarkan bernilai RM769,500 dalam satu serbuan di sebuah pusat kurier di Shah Alam, Selangor pada awal September lalu.
Etomidate lazimnya digunakan dalam bidang perubatan sebagai ubat bius, selain boleh diproses menjadi bahan cecair untuk digunakan dalam peranti rokok elektronik atau vape.
Pengarah JKDM Pahang, Mohd Asri Seman berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 12.05 tengah malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasaan JKDM Kuantan yang mengesan penghantaran mencurigakan hasil risikan serta maklumat orang awam.
“Pemeriksaan terhadap satu bungkusan membawa kepada penemuan satu paket lutsinar yang mengandungi serbuk putih seberat 5.13 kilogram namun diikra








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2Fdcdd1306f083c6b94a7cfb86ffdb2c12.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
