KANGAR: Dua lelaki warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), hujung bulan lepas.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Pradit Rimat, 22, dan Rotchahan Tehpuyu, 21, selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Thailand oleh jurubahasa di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor, memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Kedua-dua lelaki itu didakwa bersama-sama membunuh Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Padang di sini antara 11 malam 26 Oktober hingga 1.30 pagi 27 Oktober lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati, jika sabit kesalahan.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2Fdcdd1306f083c6b94a7cfb86ffdb2c12.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


