KANGAR - Dua lelaki warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), hujung bulan lepas.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Pradit Rimat, 22, dan Rotchahan Tehpuyu, 21, selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Thailand oleh jurubahasa di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor, memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Kedua-dua lelaki itu didakwa bersama-sama membunuh Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Padang di sini antara 11 malam 26 Oktober hingga 1.30 pagi 27 Oktober lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati, jika sabit kesalahan.Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 5 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan kimia.Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maritim Malaysia, Wirna Arifin dan Kamaliza Md Zain manakala kedua-dua tertuduh itu tidak diwakili peguam.Sementara itu, di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid, kedua-dua lelaki itu turut berdepan pertuduhan menyeludup sembilan migran warga Myanmar menggunakan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran.Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh bagi pertuduhan berkenaan yang didakwa dilakukan di perairan hadapan muara Sungai Padang di sini antara 11 malam 26 Oktober hingga 12.30 tengah malam 27 Oktober lepas.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Di mahkamah sama, kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Malaysia melalui laluan yang tidak diwartakan di lokasi dan masa yang sama.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 5(2) dibaca bersama Seksyen 56(1A)(a) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 57 akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Nur Afiqah Zakaria memohon tarikh sebutan baharu bagi kes imigresen itu memandangkan pihak pendakwaan masih menunggu dokumen berkaitan daripada Jabatan Imigresen Malaysia.Hakim Sharifah Norazlita menetapkan 15 Disember sebagai untuk sebutan semula kes ATIPSOM dan imigresen, selain menetapkan tarikh sama bagi pelantikan jurubahasa Myanmar untuk tujuh warga Myanmar termasuk seorang wanita berusia antara 22 hingga 43 tahun yang didakwa atas kesalahan memasuki negara ini secara tidak sah.Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhad
Dua warga Thailand didakwa bunuh anggota Maritim Malaysia di Perlis

Key takeaways
Dua warga Thailand, Pradit Rimat (22) dan Rotchahan Tehpuyu (21), didakwa di Mahkamah Majistret Perlis atas tuduhan membunuh anggota Maritim Malaysia pada 26‑27 Oktober serta menyeludup sembilan migran Myanmar, tanpa pengakuan dan tanpa peguam.
- Kes pembunuhan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi; mahkamah menolak jaminan dan jadual semula pada 5 Januari
- Tuduhan menyeludup sembilan migran Myanmar menggunakan bot tanpa nombor pendaftaran
- Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Maritim Malaysia; tertuduh tidak diwakili peguam
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Berita Harian , Harian Metro , Free Malaysia Today
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Anggota APMM maut, 2 warga Thailand didakwa esok
- Sinar Harian Dua warga Thailand didakwa bunuh anggota Maritim Malaysia di Perlis (this story)
- Free Malaysia Today 2 warga Thai didakwa bunuh anggota Maritim Malaysia
- Utusan Malaysia Dua warga Thailand didakwa bunuh anggota Maritim Malaysia






%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2Fdcdd1306f083c6b94a7cfb86ffdb2c12.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


