KUALA LUMPUR - Sebanyak 3.28 juta kenderaan sehari dijangka menggunakan lebuh raya utama di seluruh negara pada hari puncak, bersempena dengan perayaan Hari Deepavali, Ahad ini.Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir Mohd Hadzmir Yusoff berkata, peningkatan aliran trafik dijangka bermula hari ini, membabitkan pergerakan pengguna menuju ke Pantai Timur, utara dan selatan tanah air.Beliau berkata, daripada jumlah unjuran tersebut, rangkaian lebuh raya Kumpulan PLUS dijangka merekodkan 2.24 juta kenderaan, diikuti Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) sebanyak 288,000, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) 190,000.Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) 168,000, manakala Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) masing-masing 135,000 kenderaan."Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) pula diunjur mencatatkan 83,000 kenderaan manakala Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) sebanyak 44,000 kenderaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.Mohd Hadzmir berkata, LLM menyambut baik inisiatif kerajaan melaksanakan pemberian diskaun tol sekitar 50 peratus bagi kenderaan Kelas 1 (Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang) selama dua hari bermula 12.01 tengah malam ini hingga 11.59 malam Sabtu (7 November).Pemberian diskaun itu terpakai di semua lebuh raya kecuali di plaza tol sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).Bagi mendepani lonjakan kenderaan, Mohd Hadzmir berkata, syarikat konsesi diarahkan menangguhkan sementara semua kerja penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong, bermula 6 hingga 10 November, melainkan kes-kes kecemasan."Pihak konsesi juga diarahkan untuk menyediakan kemudahan tambahan seperti tempat letak kereta dan tandas mudah alih di beberapa Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) utama, di samping memastikan tahap kebersihan, bekalan air serta bahan api di stesen minyak mencukupi demi keselesaan pengguna.Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan berasingan memaklumkan peningkatan trafik dijangka bermula hari ini, apabila orang ramai mula pulang ke kampung halaman atau menuju ke destinasi percutian."Trafik menghala masuk ke Lembah Klang dijangka meningkat pada 9 dan 10 November apabila pengguna lebuh raya kembali selepas cuti Deepavali dan persekolahan," menurut kenyataan itu. Sehubungan dengan itu, PLUS menyarankan pengguna merancang perjalanan lebih awal dan merujuk Jadual Cadangan Waktu Perjalanan MyPLUS (MyPLUS-TTA) bagi memilih waktu perjalanan yang sesuai.Pihak PLUS juga mengaktifkan laluan pintar (Smart Lane) di 32 lokasi terpilih, bagi membolehkan lorong kecemasan digunakan secara sementara sebagai lorong tambahan untuk menyuraikan kesesakan.Bagi mempercepatkan proses kelancaran di plaza tol, pengguna digalakkan menggunakan JustGO iaitu sistem pembayaran tol pertama di Malaysia berasaskan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) yang tersedia di semua plaza tol PLUS,
LLM jangka 3.28 juta kenderaan sehari guna lebuh raya utama sempena Deepavali

Key takeaways
LLM meramal 3.28 juta kenderaan sehari menggunakan lebuh raya utama semasa Deepavali.
- 3.28 juta kenderaan sehari dijangka menggunakan lebuh raya utama semasa Deepavali.
- PLUS akan rekodkan 2.24 juta kenderaan sehari, manakala DUKE 288,000.
- Diskaun tol 50% diberikan kepada kenderaan Kelas 1 selama dua hari.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Utusan Malaysia , Kosmo , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia PLUS jangka 2.24 juta kenderaan sehari sempena Deepavali
- Sinar Harian LLM jangka 3.28 juta kenderaan sehari guna lebuh raya utama sempena Deepavali (this story)









