Key takeaways
PLUS menjangkakan 2.24 juta kenderaan sehari pada puncak Deepavali 8 November, meningkat 17 peratus daripada purata harian. Trafik di LPT2 dijangka naik 68 peratus, dengan peningkatan bermula 5 November dan kembali ke Lembah Klang pada 9 hingga 10 November.
- Jumlah kenderaan dijangka meningkat 17 peratus berbanding purata harian 1.92 juta unit.
- Trafik di LPT2 dijangka naik 68 peratus kepada 42,000 kenderaan sehari.
- PLUS akan mengaktifkan Smart Lane di 32 lokasi terpilih untuk melancarkan aliran trafik.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
PETALING JAYA: Trafik di rangkaian lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dijangka mencecah 2.24 juta kenderaan sehari pada hari perjalanan puncak sempena sambutan Deepavali pada 8 November ini.
Menurut PLUS, pada hari puncak, jumlah kenderaan dijangka meningkat 17 peratus berbanding purata harian sebanyak 1.92 juta kenderaan.
Katanya, di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), trafik dijangka meningkat 68 peratus kepada 42,000 kenderaan sehari berbanding kira-kira 25,000 pada hari biasa.
“Peningkatan trafik dijangka bermula 5 November, apabila orang ramai mula pulang ke kampung halaman atau menuju ke destinasi percutian.