SHAH ALAM: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli hadir ke Majlis Perasmian Konvensyen Integriti Nasional (KIN) sempena Sambutan Bulan Integriti Nasional (SBIN) 2026 di sini, hari ini.

Baginda hadir mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis tersebut yang bertemakan ‘Integriti Kita, Nilai Kita’.

Pada majlis tersebut, Tengku Amir Shah juga turut berkenan menyaksikan forum ‘Integriti Bermula dari Rumah: Memupuk Nilai Ke Arah Masyarakat Sejahtera’ dan seterusnya melancarkan buku ‘Kepimpinan Sultan Selangor dalam Integriti, Tatakelola dan Kesejahteraan Negeri: Daulat Tuanku.’

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam ucapan alu-aluannya berkata, sektor awam negara ini sedang memperkemas integriti, tatakelola selain usaha memperkemas proses dan mengurangkan kerenah birokrasi diperkukuh.