Nilai: Perjalanan pegawai pendidikan untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah berakhir tragedi apabila mangsa maut dalam nahas dengan sebuah pikap, petang semalam.

Video rakaman kejadian di Kilometer 282.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan itu memaparkan pikap berkenaan dipercayai menukar laluan ke kanan secara tiba-tiba menyebabkan penunggang motosikal merempuhnya dan terbabas ke penghadang jalan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, nahas kira-kira jam 3 petang itu membabitkan pikap jenis Toyota Hilux dan motosikal jenis Yamaha XMax masing-masing dipandu dan ditunggang lelaki berusia 40-an.

"Hasil siasatan awal di lokasi mendapati kedua-dua kenderaan dari Putrajaya ke Seremban.