MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka menggesa calon parti Bersama bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, Muhammad Muhaimin Lau Abdullah menjelaskan status terkini kes mahkamah berkaitan dakwaan pemalsuan dokumen yang pernah dihadapinya pada 2023.
Timbalan Pengerusi PH Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, penjelasan itu penting bagi membolehkan pengundi mengetahui latar belakang kes berkenaan sebelum membuat keputusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau berkata, Muhammad Muhaimin perlu tampil memberikan penjelasan secara terbuka berhubung perkembangan kes tersebut, memandangkan pengundi mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat sebelum memilih wakil rakyat.
“Saya percaya perkara itu merujuk kepada kes mahkamah pada 2023 apabila calon Bersama bagi kawasan Ayer Keroh didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pemalsuan dokumen.









