GEORGETOWN: Seorang akauntan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dakwaan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita tanpa kerelaan mangsa, tahun lalu.
Tertuduh, Then Zi Quan, 34, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu ke atas mangsa berusia 25 tahun, di sebuah unit kediaman di Ideal Residency, Jalan Lembah, Kampung Kastam di sini, jam 4.15 petang pada 24 Ogos 2025.
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan, jika disabit kesalahan.








