HULU KELANG: Pada usia 78 tahun, seniwati veteran, Norlia Ghani, membuktikan usia bukan penghalang untuk terus aktif mencari rezeki apabila platform TikTok kini menjadi antara sumber pendapatan utamanya.
Malah, pelakon yang cukup sinonim dengan watak Joyah itu tidak menyangka kehadirannya di platform berkenaan bukan sahaja membuka peluang menjana pendapatan menerusi siaran langsung, malah mendapat tawaran membuat ulasan pelbagai produk dan perkhidmatan dengan bayaran setimpal.
Norlia berkata, kebanyakan pendapatannya ketika ini diperoleh menerusi TikTok, termasuk bayaran untuk mengulas produk, makanan dan penginapan inap desa (homestay).
"Sumber pendapatan saya sekarang kebanyakannya daripada TikTok. Ada yang mengupah saya membuat ulasan produk, makanan, homestay dan macam-macam lagi.









