KUALA LUMPUR: Saham AirAsia Group Bhd dan Capital A Bhd antara kaunter paling aktif diniagakan pada awal sesi dagangan pada Khamis, dengan kedua-dua saham mencatatkan kenaikan didorong oleh harga minyak mentah yang rendah.

Sehingga 10.07 pagi, AirAsia melonjak 10 sen atau 21.97 peratus kepada 55 sen, dengan 47.96 juta saham diniagakan manakala Capital A meningkat empat sen atau 17.39 peratus kepada 27 sen, dengan 27.30 juta saham bertukar tangan.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent menurun 0.73 peratus kepada AS$93.93 setong, manakala harga minyak mentah WTI merosot 0.91 peratus kepada AS$87.32 setong.

Dilaporkan harga minyak menurun ketika pelabur menilai sama ada kemenangan besar Parti Demokrat dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) dapat mempercepat usaha menamatkan perang dengan Iran. - BERNAMA