KUALA LUMPUR: Era Prajanchai sudah berakhir, kini masa saya.
Itu mesej dilontarkan petarung muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menjelang pertarungan menentang juara dunia dari Thailand, Prajanchai Pongsuphan PK bagi merebut gelaran dunia kategori strawweight ONE Championship di Stadium Lumpinee, Bangkok, 18 Disember ini.
Aliff yang kini menjalani kem latihan di Thailand berkata, keyakinannya semakin meningkat selepas menumbangkan legenda Thailand, Sam-A Gaiyanghadao untuk meraih gelaran dunia interim pada Julai lalu.
Dia mengakui Prajanchai memiliki kelebihan dari segi kepantasan tumbukan dan tendangan, namun percaya dirinya mampu memberi saingan sengit dalam pertarungan yang disifatkan sebagai ujian menentukan siapa lebih pantas di atas gelanggang.








