MANCHESTER – Pihak pengurusan Manchester United digesa untuk melepaskan khidmat ketua pasukan, Bruno Fernandes dan mendapatkan pembeli yang sesuai dalam tempoh terdekat terutama pada jendela perpindahan Januari nanti.

Legenda United, Paul Scholes percaya pemain antarabangsa Portugal itu sudah melakukan ‘dosa besar’ dan hilang kepercayaan daripada semua orang di kelab itu ekoran kritikan yang dikeluarkan terhadap pengurusnya, Michael Carrick.

Menurutnya, tindakan Fernandes mengkritik taktikal ketika United tewas 1-4 kepada Como di pentas Liga Juara-Juara dianggap sebagai suatu yang sukar diterima dan tidak sepatutnya dilakukan oleh pemain terutama dirinya yang bergelar kapten pasukan.

“Apa yang Bruno Fernandes katakan, saya fikir ia tidak boleh dimaafkan. Bagaimana Bruno Fernandes boleh dipercayai untuk menjadi kapten itu lagi selepas apa yang berlaku.