PETALING JAYA – Sebanyak 3.28 juta kenderaan sehari dijangka menggunakan lebuh raya utama di seluruh negara pada hari-hari puncak sempena sambutan Deepavali Ahad ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, peningkatan trafik dijangka berlaku seawal hari ini, khususnya membabitkan pengguna yang menuju ke Pantai Timur, utara dan selatan tanah air.

Menurut LLM, lebuh raya kendalian Kumpulan PLUS dijangka merekodkan jumlah trafik tertinggi iaitu sebanyak 2.24 juta kenderaan sehari.

Ia diikuti Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang sebanyak 288,000 kenderaan, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (190,000) dan Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (168,000).