PETALING JAYA – Kawasan Sandakan di Sabah merekodkan cuaca panas luar biasa apabila mencatatkan suhu harian tertinggi di seluruh negara iaitu mencecah 38.8 darjah Celsius (°C) semalam.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam perkongsian data taburan hujan dan suhu maksimum memaklumkan, Stesen Meteorologi Utama Kapit di Sarawak menyusul di tempat kedua dengan suhu maksimum 35.4°C.
“Stesen Meteorologi Utama Temerloh di Pahang dan Batu Pahat di Johor pula masing-masing mencatatkan bacaan suhu 35.2°C,” menurut jabatan itu dalam satu hantaran di Facebook hari ini.









