NAMA Muhammad Amir Haiqal Azhar mungkin masih asing dalam dunia seni tanah air, namun bagi peminat K-drama di negara ini, kemunculannya menerusi dua drama keluaran negara itu yang disiarkan secara global; sekalipun hanya watak kecil sudah cukup membanggakan.Lebih-lebih lagi penampilan anak watan Semenyih, Selangor ini disedari menerusi dialog dalam bahasa Melayu yang dilontarkan oleh watak yang dimainkannya.Kali pertama mencetuskan keterujaan peminat dengan dialog "Woi, nak pergi mana woi" dalam Taxi Driver 3 yang disiarkan pada November tahun lalu, Muhammad Amir Haiqal kembali menjadi bualan di media sosial apabila peranannya dalam Dead-End Job yang mula disiarkan 30 Oktober lepas, mengutarakan "Berhenti semua, berhenti" dan "Hati-hati dengan ketua kau".Berkongsi pengalamannya dengan Bernama, pemuda berusia 27 tahun ini mendedahkan penglibatannya dalam dunia drama Korea Selatan (K-drama) berlaku tanpa dirancang ketika melanjutkan pengajian dalam bidang produksi di Konkuk University, Seoul. "Pun begitu, saya bangga kerana dapat membawa nama Malaysia dalam drama Korea, khususnya menerusi dialog bahasa Melayu. Namun, ini baru permulaan perjalanan saya dalam kerjaya lakonan di Korea," katanya.Berkongsi lanjut, Amir Haiqal berkata, bukan mudah untuk bergelar pelakon di negara itu kerana proses pemilihan aktor lazimnya melibatkan dua hingga tiga tapisan bermula dengan penghantaran profil."Mereka yang terpilih kemudian perlu menjalani uji bakat menerusi rakaman video dan yang berjaya di peringkat ini akan dipanggil untuk uji bakat secara bersemuka," ujarnya, mendedahkan beliau turut terlibat dalam penyediaan dialog bahasa Melayu tersebut."Skrip biasanya diberikan dalam bahasa Korea dan saya diminta menterjemahkannya ke bahasa Melayu, selain terdapat juga dialog yang ditambah secara spontan ketika penggambaran," katanya.Bercerita tentang penglibatannya dalam dunia lakonan di Korea, Amir Haiqal berkata, segalanya bermula daripada ajakan seorang rakannya di universiti untuk menyertai kelas lakonan."Dia selalu ajak dan pada mulanya saya tolak kerana saya ada ‘stage fright’ (gemuruh khalayak), tetapi selepas beberapa kali akhirnya saya ikut juga. Daripada kelas itulah saya mula mengatasi rasa takut berada di hadapan orang ramai, sekali gus menemukan minat dalam bidang lakonan," katanya.Menurut Amir Haiqal, setakat ini beliau telah terbabit dalam tujuh drama, dua filem, lapan filem indie, dua pementasan teater dan tiga drama untuk siaran YouTube di negara kimci itu.Selain menimba pengalaman di set penggambaran, beliau turut menghargai peluang berinteraksi dengan pelakon berpengalaman Korea, antaranya Ko Chang-seok dan Lee Min, yang tidak lokek berkongsi pandangan serta tip lakonan ketika mereka bekerja bersama.Beliau turut tertarik dengan perkembangan industri perfileman Korea yang menyediakan ruang kepada penggiat baharu untuk berkarya, termasuk menerusi pelbagai festival filem yang mengetengahkan filem be
Dari Semenyih ke Seoul: Amir Haiqal bawa bahasa Melayu dalam K-drama

Key takeaways
Muhammad Amir Haiqal Azhar muncul dalam dua K-drama dengan dialog bahasa Melayu, membanggakan peminat.
- Amir Haiqal muncul dalam K-drama dengan dialog bahasa Melayu yang menarik perhatian peminat.
- Penglibatannya dalam industri K-drama berlaku tanpa dirancang semasa belajar di Seoul.
- Dia terlibat dalam menterjemah dan menambah dialog bahasa Melayu untuk drama tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Lelaki China tiba di Hong Kong dari P Pinang ditahan bawa dadah
- Sinar Harian Dari Semenyih ke Seoul: Amir Haiqal bawa bahasa Melayu dalam K-drama (this story)








