TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membongkar taktik menyembunyikan rokok tidak bercukai di dalam kandang kambing selepas menyerbu tempat tersebut di Kampung Berlian, Palekbang di sini pada Rabu.Serbuan kira-kira jam 10 malam itu membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penjualan rokok tidak bercukai sejak lapan tahun lalu.Komander Briged Tenggara, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, dalam operasi berkenaan, anggota Task Force Batalion 7 PGA Kuantan menemui 18,000 batang rokok putih dipercayai tidak bercukai dianggarkan bernilai RM33,660.Menurutnya, pemeriksaan dilakukan selepas pasukan operasi menerima maklumat sebelum menyerbu kandang kambing berkenaan."Ketika tiba di lokasi, seorang lelaki tampil mengaku sebagai pemilik kambing sebelum pemeriksaan menyeluruh dilakukan di sekitar kawasan itu."Pemeriksaan kemudian menemukan beberapa kotak berwarna coklat dan bungkusan plastik lutsinar mengandungi karton rokok putih yang disembunyikan di bawah sebuah kandang kambing tidak digunakan," katanya kepada pemberita pada Khamis.Beliau berkata, lelaki terbabit ditahan dan kesemua rokok berkenaan dirampas untuk tindakan lanjut.Katanya, hasil soal siasat awal mendapati suspek yang bekerja sebagai peniaga mengaku sudah menjalankan perniagaan rokok tidak bercukai selama lapan tahun dan pernah ditangkap sebelum ini."Suspek turut memaklumkan memperoleh bekalan daripada seorang lelaki dikenali sebagai Tan yang dipercayai berpengkalan di Wakaf Bharu."Dia juga mengaku membuat tempahan kira-kira dua peti rokok seminggu, bergantung kepada permintaan," katanya.Ahmad Radzi memberitahu, suspek dan rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk siasatan lanjut.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Sorok rokok seludup dalam kandang kambing

Key takeaways
Pasukan PGA menemui 18,000 batang rokok putih tidak bercukai di dalam kandang kambing dan menahan seorang lelaki.
- Serbuan dilakukan di kampung Berlian, Palekbang pada jam 10 malam.
- Rokok tidak bercukai bernilai RM33,660 dirampas dari kandang kambing.
- Lelaki berusia 43 tahun ditahan kerana terlibat dalam jualan rokok tidak bercukai selama lapan tahun.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Sembunyi rokok seludup dalam longgokan kayu depan rumah
- Utusan Malaysia Kandang kambing jadi stor simpan rokok seludup
- Sinar Harian Sorok rokok seludup dalam kandang kambing (this story)








