Putrajaya : Jabatan Warisan Negara menganjurkan Seminar Pengurusan Warisan Antarabangsa (International Seminar on Heritage Management) bertemakan Heritage Sustainability: Advancing Global Standards and Practices, di sini baru-baru ini.
Penganjuran selama dua hari bermula 2 November lalu itu berjaya menghimpunkan barisan pakar warisan dari pelbagai negara termasuk Asia dan Australia bagi memperkukuh pengurusan serta kelestarian warisan menerusi penanda aras peringkat global.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya Warisan merangkap Pengarah Bahagian Daftar Warisan Jabatan Warisan Negara, Ruzairy Arbi, acara berkenaan adalah antara beberapa program utama dilaksanakan pihaknya dalam tempoh lima hari bagi mendapatkan perkembangan terkini pengurusan warisan tanah air.










