KUALA LUMPUR – Sekumpulan 21 Ratu Cantik Gaia kelihatan lebih menawan apabila memperagakan koleksi jed sekali gus menyerlahkan lagi keanggunan mereka ketika mengenakan perhiasan batu permata eksklusif.

Barang perhiasan koleksi Kayangan Kegembiraan itu menghimpunkan pelbagai warna, bentuk dan karakter batu permata itu bagi memenuhi cita rasa pelanggan yang mengutamakan keunikan tersendiri.

Setiausaha syarikatnya, Aurora berkata, setiap jed mempunyai ciri berbeza berdasarkan warna, kejernihan dan keistimewaan semula jadi yang mempengaruhi nilai serta daya tarikannya.

“Warna yang berbeza membawa maksud yang berbeza. Kami sedia membantu pelanggan memahami karakter jed dengan lebih mendalam, selain memberikan pengalaman pemilihan perhiasan yang lebih bermakna,” katanya.