PETALING JAYA – Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus selama dua hari bermula esok sempena sambutan Deepavali 2026.

Diskaun itu berkuat kuasa mulai pukul 12 tengah malam, 6 November hingga 11.59 malam, 7 November.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah ini bagi membantu meringankan kos perjalanan rakyat yang pulang ke kampung halaman atau menziarahi keluarga sempena perayaan berkenaan.

Katanya, inisiatif itu melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang.