Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan menanggung pampasan dianggarkan RM20.11 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya bagi pemberian diskaun tol kali ini. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan diskaun tol 50% selama dua hari bermula esok sempena sambutan Deepavali pada Ahad ini.
Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata diskaun itu bermula 12 tengah malam ini (6 Nov) hingga 11.59 malam Sabtu (7 Nov).
Katanya, diskaun berkenaan melibatkan kenderaan persendirian kelas 1 di semua plaza tol serta kenderaan kelas 2 bagi Jambatan Pulau Pinang.
Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada plaza tol di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).








