KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol 50 peratus selama dua hari sempena sambutan Deepavali, membabitkan bayaran pampasan RM20.11 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya yang terbabit.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pelaksanaan diskaun itu bermula jam 12 tengah malam Jumaat ini dan berakhir pada jam 11.59 malam Sabtu.
Beliau berkata, inisiatif itu membabitkan kenderaan persendirian Kelas Satu di semua plaza tol serta Kelas Dua bagi Jambatan Pulau Pinang.
"Pemotongan dikecualikan di plaza tol sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (TTK), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)," katanya pada kenyataan di sini, hari ini.









