KUALA LUMPUR: Peluang menyarung jersi kebangsaan bukan sekadar satu impian yang menjadi kenyataan buat pemain muda, sebaliknya penghormatan besar yang hadir bersama tanggungjawab membawa nama dan maruah negara.

Itu amanat Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan kepada skuad bawah 16 (B-16) Harimau Malaya yang kini dalam persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia B-17 2027.

Beliau mengingatkan setiap pemain supaya tidak mensia-siakan peluang yang diberikan, sebaliknya membuktikan kelayakan mereka menerusi disiplin tinggi, kesungguhan dan komitmen sepanjang menjalani latihan serta pertandingan.

"Saya berharap semua pemain mengambil peluang ini dengan sebaik-baiknya. Anda semua mempunyai tanggungjawab untuk membawa nama dan maruah negara.