KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi positif Wall Street dalam tempoh semalaman berikutan sentimen global yang bertambah baik dan kebimbangan geopolitik yang semakin reda telah meningkatkan keyakinan pelabur.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.16 mata atau 0.69 peratus kepada 1,627.72 berbanding 1,616.56 semasa ditutup pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran dibuka 6.72 mata lebih tinggi kepada 1,623.28.
Dalam pasaran secara keseluruhan, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 241 berbanding 232 manakala 268 kaunter tidak berubah, 2,020 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.










