Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa Pakistan mengadakan perbincangan susulan penahanan 130 rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan dalam talian di Rawalpindi.
ALOR SETAR: Malaysia dan Pakistan sedang mengadakan perbincangan bagi menyelaras tindakan susulan berhubung penahanan 130 rakyat Malaysia yang disyaki terbabit dalam kegiatan penipuan dalam talian di negara itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perbincangan itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan jabatan berkaitan di Pakistan, berikutan pengesahan penahanan berkenaan oleh rakan sejawatnya dari negara itu kira-kira dua minggu lepas.
“Dalam dua minggu lepas, saya menerima panggilan telefon daripada rakan sejawat Menteri Dalam Negeri Pakistan yang memaklumkan bahawa sejumlah rakyat Malaysia disyaki terbabit dalam kegiatan penipuan dalam talian telah ditahan di negara itu.








