KUALA LUMPUR – Dua syarikat pembekal bahan api, Petron dan Chevron pemilik jenama Caltex, telah mula melaksanakan pembayaran ganti rugi secara ihsan kepada pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan enjin, susulan isu pencemaran petrol RON95.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kedua-dua syarikat minyak tersebut, telah memulakan tindakan susulan melibatkan aduan kerosakan yang disahkan sahih sementara siasatan terperinci masih berjalan.
“Pihak Caltex dan Petron telah merangka program pemulihan pelanggan melalui program bantuan, yang melibatkan pembayaran secara ihsan berpandukan kriteria yang telah ditetapkan, tanpa sebarang pengakuan terhadap kesalahan atau liabiliti pada peringkat ini.









