Armizan Mohd Ali berkata bayaran ihsan oleh Caltex dan Petron kepada pengguna yang melaporkan kerosakan kenderaan selepas mengisi petrol RON95 bukan bermakna kedua-dua syarikat itu mengakui bertanggungjawab atau melakukan kesalahan.KUALA LUMPUR: Caltex dan Petron mula membuat bayaran ihsan kepada pengguna yang melaporkan kerosakan kenderaan selepas mengisi petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata kementeriannya sedang menyiasat aduan petrol RON95 didakwa bercampur air sehingga menyebabkan kerosakan kenderaan di beberapa kawasan.
Armizan memberitahu Dewan Rakyat bahawa bayaran ihsan itu bukan bermakna kedua-dua syarikat berkenaan mengakui bertanggungjawab atau melakukan sebarang kesalahan.









