PONTIAN – Remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 4 Oktober lalu, Nur Aziela Hasan, 18, dipercayai berada di Teluk Intan, Perak bersama keluarga teman lelakinya.
Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan bapanya, Hasan Bachok, 56, yang kini berada di Teluk Intan bagi mencari dan bertemu sendiri anaknya selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan remaja berkenaan.
Hasan berkata, dia bergegas ke bandar tersebut pagi ini selepas dimaklumkan Nur Aziela dipercayai tinggal bersama keluarga teman lelakinya di Taman Lagenda.
Menurutnya, dia berharap pihak polis di Teluk Intan dapat membantu mengiringi










