SYDNEY: Dunia sukan permotoran kehilangan seorang legenda apabila bekas juara dunia Formula Satu (F1), Alan Jones meninggal dunia hari ini, hanya beberapa hari selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-80.

Jones, yang menyambut ulang tahun kelahiran Isnin lalu, menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami masalah kesihatan dalam tempoh singkat, menurut laporan penyiar kebangsaan Australia, ABC.

Sepanjang kariernya, Jones mencatatkan 12 kemenangan Grand Prix (GP) sebelum mencipta sejarah muncul juara dunia F1 pada 1980, sekali gus menjadi pelumba Australia kedua meraih gelaran berprestij itu selepas Jack Brabham.

Berita pemergian bekas pelumba itu disahkan menerusi kenyataan keluarga yang dikeluarkan bagi pihak isterinya, Amanda Butler-Davis.