Melaka: Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus di semua lebuh raya selama dua hari, bermula esok.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah itu bagi meringankan beban pengguna jalan raya terutama mereka yang mahu pulang ke kampung halaman.
Beliau berkata, pemberian diskaun itu akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam ini.










