KOTA MELAKA - Puluhan bendera Pakatan Harapan (PH) yang dipasang di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana didakwa dirosakkan dalam kejadian awal pagi Rabu.Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu berlaku di tepi jalan utama Kampung Lapan, di sini.Calon PH bagi DUN Kota Laksamana, Low Chee Leong berkata, beliau kesal dengan kejadian berkenaan yang dipercayai dilakukan tiga lelaki berdasarkan keterangan saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi."Berdasarkan rakaman CCTV berhampiran, kesemua lelaki berpakaian gelap itu dilihat menghampiri bendera sebelum bertindak menurunkan dan membuangnya ke tanah."Ada juga saksi yang melihat kejadian itu cuba menegur dan mengejar mereka, namun ketiga-tiga lelaki terbabit melarikan diri ke arah sebuah pangsapuri berhampiran," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Tengkera, Melaka Tengah pada Rabu jam 8.39 pagi.Menurut Chee Leong, pihaknya kesal dengan tindakan sedemikian kerana berpendapat kempen pilihan raya seharusnya berlangsung secara baik dan matang.Beliau berkata, pasukan kempen PH DUN Kota Laksamana memasang bendera di lokasi berkenaan sekitar jam 1 pagi Selasa."Ketua Menteri sementara Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum ini menegaskan semua parti politik perlu berkempen secara sihat dan adil."Saya berharap tiada lagi kejadian sabotaj seperti ini berlaku. Apapun yang terjadi, saya dan pasukan tidak akan patah semangat, sebaliknya terus bekerja keras demi memastikan kemenangan di sini dapat dipertahankan," katanya.
PRN Melaka: CCTV rakam tiga lelaki cabut, buang bendera PH

Key takeaways
CCTV menangkap tiga lelaki menurunkan dan membuang bendera PH di Melaka.
- Puluhan bendera PH rosak di kawasan DUN Kota Laksamana.
- Tiga lelaki berpakaian gelap menurunkan bendera dan melarikan diri.
- Laporan polis dibuat selepas kejadian tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- FARAH SHAZWANI ALI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian PRN Melaka: Tiga EXCO dijangka digugurkan
- Malaysiakini (BM) Persaingan satu lawan satu, tiga penjuru dominasi PRN Melaka
- Sinar Harian PRN Melaka: CCTV rakam tiga lelaki cabut, buang bendera PH (this story)









