PATTANI - Isu keselamatan di selatan Thailand tidak menghalang pelajar dari hampir 60 negara, termasuk Malaysia, negara Arab dan benua Afrika, melanjutkan pengajian di Universiti Fatoni.Rektornya, Prof Madya Dr Ismail Lutfi berkata, institusi pengajian tinggi berasaskan Islam itu turut menerima pelajar dari majoriti wilayah di Thailand, sekali gus mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap persekitaran pembelajarannya.Beliau berkata, usaha membina keamanan perlu menjadi tanggungjawab bersama, termasuk pemerintah dan masyarakat tanpa mengira latar belakang."Kira-kira 14,000 alumni kami dan seorang pun tidak terlibat dalam masalah kekerasan (jenayah), dan saya selalu menegaskan dengan pihak pemerintah kalau ada alumni kami terlibat dengan kekerasan, telefon saya terus sebab saya anggap mereka ini anak saya."Setakat yang saya tahu di sini (Universiti Fatoni) tidak ada isu keselamatan (keganasan), mereka (pelajar) bebas bergerak seperti biasa, tidak ada masalah," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.Ismail yang turut dilantik sebagai ketua lima agama di Thailand berkata, hubungan masyarakat di selatan Thailand dengan Malaysia juga erat seperti hubungan kekeluargaan, khususnya menerusi kerjasama dalam sektor ekonomi."Saya anggap hubungan kita dengan Malaysia macam adik-beradik. Mereka (Malaysia) bantu kita dalam sektor ekonomi misalnya seperti kedai makan, semua baik dengan kita."Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) juga pernah datang ke sini pada tahun 2011 dan menerima ijazah kehormat. Insya-ALLAH, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan datang ke sini, mereka sangat beri perhatian kepada kita," katanya.Beliau berkata, pendidikan memainkan peranan penting dalam menyampaikan syiar Islam yang menekankan nilai keamanan.Ismail turut menolak tanggapan bahawa institusi pendidikan Islam mempunyai kaitan dengan fahaman ekstremisme, sebaliknya Universiti Fatoni turut membuka ruang kepada pelajar bukan Islam untuk melanjutkan pengajian."Universiti kami ada tok sami sebagai pelajar, buat master (sarjana). Kami tidak ada halangan, ada orang bukan Islam, Kristian datang."Mereka nak datang tiada masalah. Sebabnya keamanan ini kemajuan umat, jika tiada keamanan, umat tidak akan maju. Usah berlawan jika tiada kemajuan teknologi."Ilmu lagi besar daripada kekuatan senjata. Itulah sebaik cara kita cari kemajuan untuk anak cucu nanti," ujarnya.Dalam perkembangan sama, Ismail berkata, Universiti Fatoni dijangka memperoleh pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam masa terdekat, selain sudah bekerjasama dengan beberapa universiti tempatan utama negara.Sementara itu, Pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti berkenaan, Prof Madya Dr Ahmad Omar Chapakia berkata, jumlah kemasukan pelajar meningkat setiap tahun hasil pendekatan pendidikan yang turut menekankan aspek keamanan.Katanya, sebahagian besar pelajar komited terhadap pengajian dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan kekerasan atau keganasan yang b