PETALING JAYA: Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) menegaskan bahawa syarikat tidak menutup operasinya.

Kenyataan dikeluarkan 2 November lalu telah menjelaskan bahawa syarikat sedang melaksanakan usaha merombak model perniagaan susulan perubahan landskap industri media yang berlaku bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Perubahan ini turut memberi kesan kepada organisasi media antarabangsa. Sebagai contoh, The Washington Post telah mengurangkan kira-kira 30 peratus daripada tenaga pekerja, manakala BBC pula mengumumkan cadangan pengurangan sekitar 1,800 jawatan.

Dalam menghadapi cabaran semasa ini, Media Mulia memilih pendekatan yang lebih berhemah dan tidak mengambil keputusan drastik.