KUALA LUMPUR: Kemenangan Parti Demokrat dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) 2026 dijangka mengurangkan ketidaktentuan dasar perdagangan dan meningkatkan kestabilan pasaran kewangan antarabangsa menerusi keseimbangan kuasa antara Presiden dan Kongres.
Ahli ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai, berkata keputusan pilihan raya itu akan mewujudkan situasi kerajaan terbahagi atau 'divided government' bagi baki dua tahun penggal pentadbiran Presiden Donald Trump, dengan Kongres dikuasai Parti Demokrat.
Beliau berkata, keputusan itu juga boleh dilihat sebagai referendum rakyat terhadap prestasi ekonomi, kos sara hidup dan beberapa dasar pentadbiran semasa.









