PORT KLANG: Kapasiti pengendalian kontena tahunan Westports bersedia untuk meningkat sekali ganda kepada 28 juta unit setara 20 kaki (TEU).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kerajaan turut meluluskan pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk memperkukuh kedudukan Pelabuhan Klang sebagai hab perkapalan serantau utama.

"Westports kini dalam proses peluasan, kapasitinya akan ditingkatkan daripada 14 juta kepada 28 juta TEU setiap tahun.

"Pada masa sama, kerajaan juga meluluskan pelabuhan ketiga di Pelabuhan Klang iaitu di Pulau Carey. Sudah tentu, itu akan menjadi projek jangka panjang," katanya.