KUALA LUMPUR – Dewan Perdagangan dan Perindustrian Islam Antarabangsa Malaysia (MIICCI) menggesa tindakan tegas diambil terhadap pihak terbabit dalam kegiatan penyembelihan ayam menggunakan kaedah renjatan elektrik sehingga menyebabkan haiwan itu mati sebelum disembelih.Presidennya, Muhamad Amin Fahmi berkata, MIICCI memandang serius laporan mengenai kegiatan sebuah premis penyembelihan dan pemprosesan ayam di Puchong, Selangor yang dipercayai menggunakan kaedah renjatan elektrik sehingga menyebabkan ayam mati sebelum proses penyembelihan dilakukan.Beliau berkata, lebih membimbangkan, ayam yang diproses di premis berkenaan dipercayai telah diedarkan ke beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Puchong, Damansara, Cheras, Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya. Menurutnya, pengedaran itu dipercayai melibatkan rangkaian restoran, pasar raya serta kedai runcit."Laporan mengenai kapasiti pemprosesan premis berkenaan yang mencecah lebih 40,000 ekor ayam sehari, sekiranya disahkan, menunjukkan besarnya potensi kesan isu itu terhadap pengguna dan industri makanan negara," katanya dalam satu kenyataan Khamis.Beliau berkata, status halal sesuatu produk bukan sekadar terletak pada bahan mentah atau label pada pembungkusan, sebaliknya merangkumi keseluruhan proses bermula daripada sumber ternakan, pengendalian, penyembelihan, pemprosesan, penyimpanan sehinggalah pengedaran kepada pengguna.Menurutnya, kaedah stunning menggunakan elektrik tidak semestinya menjadikan ayam tidak halal sekiranya dilaksanakan mengikut piawaian ditetapkan dan haiwan masih hidup ketika penyembelihan dilakukan."Namun, sekiranya ayam telah mati akibat renjatan elektrik sebelum disembelih, perkara ini menimbulkan persoalan serius terhadap pematuhan hukum syarak dan integriti pensijilan halal," katanya.Sehubungan itu, MIICCI berpandangan bahawa sekiranya siasatan mengesahkan berlaku pelanggaran serius terhadap hukum syarak, peraturan penyembelihan dan undang-undang berkaitan, pihak bertanggungjawab mesti dikenakan hukuman tegas."Antara tindakan yang dicadangkan termasuk penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia, penjara serta senarai hitam terhadap pengusaha, pemilik dan pengurusan premis penyembelihan."MIICCI turut berpandangan kesalahan serius yang melibatkan integriti halal dan hak pengguna tidak boleh diselesaikan hanya melalui pembayaran kompaun atau amaran pentadbiran," katanya.Sebaliknya, pihak pendakwaan perlu meneliti semua peruntukan undang-undang berkaitan termasuk Akta Makanan 1983, Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, tertakluk kepada elemen kesalahan yang dapat dibuktikan.Menurut Muhamad Amin, tanggungjawab juga tidak boleh diletakkan semata-mata kepada pekerja yang mengendalikan mesin atau menjalankan penyembelihan."Pengurusan tertinggi syarikat turut perlu dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat bukti penglibatan atau kecuaian yang memenuhi elemen kesalahan undang-undang," katanya.Dalam pada itu, MIICCI menggesa keraja
Integriti halal Malaysia jangan dicabar - MIICCI

Key takeaways
MIICCI meminta tindakan tegas terhadap premis penyembelihan ayam yang menggunakan kaedah renjatan elektrik.
- MIICCI mengecam penggunaan kaedah renjatan elektrik yang menyebabkan ayam mati sebelum disembelih.
- Ayam yang diproses di premis itu diedarkan ke pelbagai kawasan di Lembah Klang.
- Status halal bergantung pada keseluruhan proses, bukan hanya bahan mentah atau label.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- New Straits Times China pharmaceutical firms eye Malaysia for halal certification
- Sinar Harian Integriti halal Malaysia jangan dicabar - MIICCI (this story)









