Pradit Rimat dan Rotchahan Tehpuyu yang berasal dari Wilayah Satun hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Kangar. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Dua warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret Kangar atas tuduhan membunuh seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Sungai Padang, minggu lalu.

Berita Harian melaporkan Pradit Rimat, 22, dan Rotchahan Tehpuyu, 21, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Dua lelaki berasal dari Wilayah Satun itu didakwa secara bersama mencapai niat melakukan bunuh terhadap Roshaimi Ridzuan, 41, dekat Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Sungai Padang antara 11 malam 26 Okt hingga 1.30 pagi keesokannya.