LONDON: Kumpulan rock legenda Britain, Deep Purple, terpaksa menangguhkan baki siri konsert jelajah di United Kingdom (UK) dan Eropah bagi 2026 susulan vokalisnya, Ian Gillan, 81, memerlukan rawatan perubatan segera ketika berada di Leipzig, Jerman, minggu lalu.

Agensi melaporkan, keputusan itu dibuat selepas Gillan dimasukkan ke hospital berikutan masalah kesihatan yang tidak didedahkan, sekali gus memaksa kumpulan berkenaan membatalkan dua persembahan di Leipzig dan Hamburg, hujung minggu lalu.

Menerusi satu kenyataan, Gillan berkata, beliau pada awalnya berharap mendapat kebenaran doktor untuk meneruskan baki persembahan sehingga penghujung jelajah, namun dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian berikutan risiko kesihatan yang serius.