Kuala Lumpur: Pelaksanaan peraturan yang mewajibkan semua penjualan tiket bas ekspres diselaraskan menerusi terminal bas berlesen dan platform jualan dalam talian pengendali berdaftar akan dilaksanakan secara berfasa, susulan tarikh kuat kuasa asal pada 1 Nov lepas.
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan memaklumkan pendekatan pelaksanaan secara berfasa atau soft landing itu bertujuan memberikan tempoh peralihan yang munasabah kepada pihak pengurusan terminal bas berlesen dan pengendali bas ekspres untuk membuat persediaan teknikal.
Ini termasuk penyesuaian sistem tiket, integrasi platform digital serta penyelarasan proses operasi bagi memastikan pelaksanaan dasar itu berjalan lancar tanpa menjejaskan kelangsungan perkhidmatan kepada pengguna.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2Fdcdd1306f083c6b94a7cfb86ffdb2c12.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


