Istanbul: Gergasi teknologi China, Tencent pada Rabu melancarkan model kecerdasan buatan (AI) baharu dikenali sebagai Hy4, dilengkapi ciri perlindungan bagi mengurangkan risiko penyalahgunaan dalam serangan siber dan penyelidikan biologi yang berpotensi mendatangkan bahaya, lapor Anadolu Ajansi.

Syarikat yang berpangkalan di Shenzhen dan terkenal sebagai pembangun aplikasi pemesejan popular WeChat itu memaklumkan bahawa model berkenaan dilatih menggunakan data keselamatan siber yang memfokuskan kepada tugas pertahanan seperti mengenal pasti dan membaiki kelemahan perisian, tanpa melibatkan bahan berkaitan eksploitasi kelemahan sistem untuk tujuan serangan.

Menurut Tencent, penilaian keselamatan yang dijalankan oleh pasukan penyelidikan dalamannya tidak menemukan sebarang kebimbangan ketara mengenai keupayaan model itu untuk membantu melancarkan serangan siber dalam aspek yang diuji.