TEHRAN: Pemimpin tertinggi Iran memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel supaya tidak melancarkan serangan baharu jika mahi mengelakkan pertumpahan darah lebih dahsyat.
Ini susulan ancaman kedua-dua negara itu untuk menyambung semula serangan selepas pilihan raya penting, ketika kebimbangan meningkat terhadap kemungkinan tercetusnya semula pertempuran.
Presiden AS, Donald Trump, memberi bayangan bahawa beliau mungkin melancarkan tindakan ketenteraan baharu selepas AS mengadakan pilihan raya pertengahan penggal pada awal minggu depan.
Bagaimanapun, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, berkata pada Sabtu: "Jika terdapat penyelesaian diplomatik, kami terbuka kepada pilihan itu".








