KUALA LUMPUR - Kandungan Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani beberapa ahli Parlimen pembangkang dengan pihak kerajaan pada 31 Oktober lalu perlu didedahkan kepada umum.Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia termasuk jumlah, kaedah dan pelaksanaan peruntukan kepada pembangkang.Menurutnya, berbeza dengan Memorandum Persefahaman (MoU) semasa pemerintahan Perikatan Nasional ( PN) di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob."Kandungan utama di dalam perjanjian itu adalah tidak ada kerahsiaan. Dengan ini bersetuju untuk mendedahkan sepenuhnya MoU itu kepada umum sebagai komitmen terhadap keterbukaan penuh dan kebertanggungjawaban."Saya ingat lagi selepas hari tandatangani MOU ini kita terus siarkan kepada umum. Jadi kita nak minta didedahkan kandungan CSA ditandatangani pada 31 Oktober baru ni."Kami 62 orang ini tidak menerima tawaran untuk CSA oleh pihak kerajaan," ujarnya dalam sidang akhbar di Parlimen pada Khamis.Tambah Takiyuddin, pada tahun 2021, semua ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) diberikan peruntukan yang sama rata seperti pihak kerajaan."Namun dalam draf CSA yang dibuat kepada kami sebelum ini tak dinyatakan perkara tersebut."Hanya dinyatakan dan diberikan peruntukan dana pembangunan kawasan Parlimen mengikut peraturan tata cara dan tata kelola penggunaan dana tersebut," jelasnya.
Kandungan CSA perlu didedahkan kepada umum– Takiyuddin

Key takeaways
Takiyuddin Hassan menuntut agar kandungan Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani pada 31 Oktober oleh 62 ahli Parlimen pembangkang didedahkan kepada umum, menyatakan tiada kerahsiaan dalam perjanjian tersebut.
- CSA ditandatangani pada 31 Oktober melibatkan 62 ahli Parlimen pembangkang
- Takiyuddin minta pendedahan penuh kandungan CSA kepada umum
- Dia menegaskan tidak ada kerahsiaan dan tidak menerima tawaran CSA dari kerajaan
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Bagaimana CSA Madani-Bersatu memberi keuntungan kepada Anwar?
- Utusan Malaysia Beri keutamaan kepada kandungan tempatan – Steven Sim
- Free Malaysia Today Bahas kandungan CSA, Zaliha beritahu PAS
- Sinar Harian Kandungan CSA perlu didedahkan kepada umum– Takiyuddin (this story)









