ALOR GAJAH: Pelancaran dua model kenderaan hibrid baharu keluaran EP Manufacturing Bhd (EPMB) dijangka memperkukuh kedudukan Melaka sebagai hab pembuatan automotif, selain meningkatkan kapasiti pengeluaran dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di negeri itu.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh, berkata pengenalan model kenderaan pelbagai guna (MPV) HEV GWM Wey G9 dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Hibrid GWM EC15S merupakan satu lagi pencapaian penting dalam perkembangan industri automotif negeri, khususnya dalam peralihan daripada pembuatan komponen kepada pemasangan kenderaan lengkap untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
"EPMB kini memasuki fasa perkembangan yang lebih besar apabila bukan sahaja terlibat dalam pemasangan empat model kenderaan Great Wall Motor (GWM), malah turut memasang kenderaan jenama SAIC-MG dan XPeng di kilangnya di Pegoh di sini.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2F089466d6856db735a6bc81a5fb19d679.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
