Kuala Lumpur : Pelakon, Jazmy Juma menganggap rezeki untuk memegang gelaran bapa belum lagi tiba selepas isterinya, Farah Athirah Rozman mengalami keguguran pada September lalu.

Jazmy atau nama sebenar Jazmy Khan Juma Khan, 28, berkata, memilih untuk bertawakal dan meletakkan keyakinan penuh kepada takdir Allah.

"Alhamdulillah semua okay. Saya lebih kepada 'trust the process'. Kalau belum lagi, belum lagi. Maknanya, saya belum bersedia lagi sebab saya percaya Allah sahaja yang tahu sama ada saya bersedia atau belum.

"Kalau belum diberi rezeki, maknanya saya kena sedar mungkin ada benda yang Allah nak jaga, Allah nak ajar saya supaya menjadi lebih kuat," katanya ketika ditemui Harian Metro.