KUALA LUMPUR - Pelaksanaan peraturan yang mewajibkan semua penjualan tiket bas ekspres diselaraskan menerusi terminal bas berlesen dan platform jualan dalam talian pengendali berdaftar akan dilaksanakan secara berfasa, susulan tarikh kuat kuasa asal pada 1 November lepas.Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan memaklumkan pendekatan pelaksanaan secara berfasa atau soft landing itu bertujuan memberikan tempoh peralihan yang munasabah kepada pihak pengurusan terminal bas berlesen dan pengendali bas ekspres untuk membuat persediaan teknikal.Ini termasuk penyesuaian sistem tiket, integrasi platform digital serta penyelarasan proses operasi bagi memastikan pelaksanaan dasar itu berjalan lancar tanpa menjejaskan kelangsungan perkhidmatan kepada pengguna."Pendekatan ini bertujuan memberi ruang secukupnya kepada pihak industri untuk menstabilkan sistem operasi masing-masing serta memastikan proses peralihan dapat dilaksanakan secara teratur agar tidak menjejaskan perkhidmatan kepada orang ramai," menurut kenyataan itu pada Khamis.APAD memaklumkan orang ramai masih boleh membuat pembelian serta tempahan tiket bas ekspres menggunakan platform atau kaedah sedia ada sepanjang tempoh peralihan berkenaan, tertakluk kepada makluman lanjut kelak.Bagi pembelian tiket yang telah dibuat secara dalam talian, pengguna disaran mendapatkan pengesahan dan membuat penyelarasan perjalanan melalui pihak terminal bas berlesen atau saluran pembelian tiket terlibat mengikut tatacara ditetapkan.Kementerian Pengangkutan dan APAD sentiasa memantau rapat perkembangan teknikal berkenaan serta tahap kesiapsiagaan pihak industri bagi memastikan pelaksanaan peraturan tersebut dapat dilaksanakan secara berfasa mengikut kesesuaian dan keperluan operasi. Ketetapan lanjut berhubung fasa pelaksanaan serta tarikh berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. - Bernama
Peraturan penjualan tiket bas ekspres di terminal berlesen dilaksana berfasa - APAD

Key takeaways
Peraturan penjualan tiket bas ekspres akan dilaksanakan secara berfasa untuk memastikan peralihan lancar.
- Pelaksanaan peraturan akan dilakukan secara berfasa untuk tempoh peralihan.
- Pengguna masih boleh guna platform sedia ada semasa tempoh peralihan.
- APAD dan Kementerian Pengangkutan memantau perkembangan teknikal dan kesiapsiagaan industri.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Tiket bas ekspres beli melalui OTA masih boleh digunakan
- Harian Metro Hati-hati dengan pihak tipu penjualan tiket ECRL
- Sinar Harian Peraturan penjualan tiket bas ekspres di terminal berlesen dilaksana berfasa - APAD (this story)







