GEORGE TOWN – Dua lelaki didakwa menipu dan menggunakan dokumen palsu dalam urusan pengisytiharan barangan import kosmetik sebuah syarikat sehingga menyebabkan perbezaan bayaran cukai lebih RM29,000.Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berasingan di Mahkamah Sesyen 2 di sini pada Khamis.Tertuduh pertama, Zul Akmal Ab Suhukor, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.Mengikut pertuduhan, Zul Akmal didakwa memperdaya Pengurus Syarikat Hairos Destiny Sdn Bhd, Muhamad Aliff Syafi Irtiza dengan meminta mangsa memindahkan wang berjumlah RM13,000 ke akaun Maybank milik syarikat First Global Freight & Logistics yang dimiliki tertuduh.Wang berkenaan didakwa kononnya untuk dibayar kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi mengurangkan cukai barangan import kosmetik.Perbuatan itu didakwa dilakukan antara Ogos hingga September 2024 di Pejabat Flexi-Van Logistics Sdn Bhd, Menara Northam, Jalan Sultan Ahmad Shah di sini.Zul Akmal didakwa mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 417 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan. Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurul Atikah Ab Rashid manakala tertuduh diwakili K Mahendran yang dibantu M Sharmila.Nurul Atikah menawarkan jaminan RM30,000 selain meminta tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.Bagaimanapun, Mahendran memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana tertuduh mempunyai tanggungan keluarga."Anak guam saya berpendapatan RM2,500 sebulan sebagai pengurus pejabat selain perlu menanggung isteri yang tidak bekerja dan tiga anak," katanya.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan syarat pasport diserahkan kepada mahkamah.Dalam prosiding berasingan, Sarudin Daud, 53, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi pengisytiharan barangan import kosmetik syarikat sama.Sarudin didakwa menggunakan sebagai tulen Borang Perisytiharan Barang-Barang Yang Diimport bertarikh 12 September 2024 dalam Sistem Maklumat Kastam JKDM, sedangkan dokumen berkenaan mengandungi pengisytiharan tidak benar.Perbuatan itu didakwa menyebabkan jumlah cukai yang sepatutnya dibayar sebanyak RM55,632.19 berkurangan kepada RM25,850.15, iaitu perbezaan RM29,782.04.Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 12 September 2024 di pejabat Flexi-Van Logistics Sdn Bhd, Menara Northam di sini.Oleh demikian, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Dalam rayuannya, Sharmila memohon jaminan minimum dikenakan terhadap tertuduh kerana anak guamnya bekerja sebagai eksekutif dengan pendapatan RM1,8