Bekas pembantu penyelidik Yusoff Rawther meninggalkan negara pada Jun tahun lalu dan kini menetap di UK.KUALA LUMPUR: Saman sivil bekas pembantu penyelidik Yusoff Rawther terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan dibicarakan pada Januari tahun depan.
Peguamnya, Rafique Rashid Ali, berkata Hakim Mahkamah Tinggi Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan, yang dipindahkan ke Ipoh berkuat kuasa 1 Nov, akan terus mempengerusikan perbicaraan itu menerusi Zoom.
"Tarikh perbicaraan ditetapkan pada 27 hingga 29 Jan dan 1 hingga 5 Mac," katanya selepas pengurusan kes dalam kamar hari ini.
Rafique berkata Hakim Raja Ahmad turut membenarkan media membuat liputan prosiding itu secara dalam talian.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F09%2Fda85a287e8232517273c366216f61baf.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

