Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan maut dalam insiden pada 26 Okt. (Gambar APMM)PETALING JAYA: Dua warga Thailand akan didakwa di Mahkamah Kangar esok susulan pelanggaran bot yang menyebabkan seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) maut ketika operasi penguatkuasaan, pada 26 Okt.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Kedah dan Perlis, Mohamad Shukri Khotob, berkata dua lelaki dipercayai tekong bot itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

“Kedua-dua OKT (Orang Kena Tuduh) warga Thailand itu akan dituduh esok pagi di Mahkamah Kangar pada 9 pagi,” katanya kepada Bernama.

Pada 27 Okt, media melaporkan Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, meninggal dunia, manakala tiga lagi anggota cedera dalam insiden pelanggaran bot semasa operasi penguatkuasaan di perairan Kuala Sungai Padang, Kuala Perlis.