Jabatan Perikanan Negeri Sembilan mempertimbang untuk menggantikan penggunaan ikan keli Afrika dengan ikan puyu dalam kajian integrasi ternakan ikan bersama tanaman padi di Kampung Sungai Buloh, Jelebu.
Key takeaways
Jabatan Perikanan Negeri Sembilan sedang menilai menggantikan ikan keli Afrika dengan ikan puyu dalam kajian integrasi ternakan ikan dan tanaman padi di Kampung Sungai Buloh, Jelebu, kerana kebimbangan mengenai spesies invasif.
- Kajian bermula 2020 dan kini memasuki pelaksanaan kali keenam.
- Penggunaan ikan puyu dipertimbangkan kerana lebih mesra sumber dan bukan spesies invasif.
- Kajian dijalankan di petak sawah 0.1 hektar sahaja untuk mengelakkan risiko perairan umum.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
PORT DICKSON: Jabatan Perikanan Negeri Sembilan mempertimbang untuk menggantikan penggunaan ikan keli Afrika dengan ikan puyu dalam kajian integrasi ternakan ikan bersama tanaman padi di Kampung Sungai Buloh, Jelebu.
Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, kajian yang bermula pada tahun 2020 itu bertujuan meneliti potensi pelaksanaan sistem ternakan ikan secara bersama dengan tanaman padi.
Menurutnya, kajian berkenaan kini memasuki pelaksanaan kali keenam dan pihaknya mengambil maklum pandangan serta kebimbangan orang awam berhubung penggunaan ikan keli Afrika yang dikaitkan dengan spesies invasif.
“Kami mungkin akan menukar penggunaan ikan keli Afrika kepada ikan puyu kerana ia lebih mesra sumber dan bukan spesies invasif.