alaysia memilih pendekatan diplomasi bagi menangani isu jerebu rentas sempadan susulan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) tidak memperuntukkan mekanisme penguatkuasaan terhadap negara yang menjadi punca pencemaran.
Key takeaways
Malaysia memilih diplomasi untuk menangani jerebu sempadan, menegaskan bahawa Perjanjian ASEAN tidak menyediakan mekanisme penguatkuasaan atau tuntutan ganti rugi, dan tindakan terletak pada undang-undang domestik.
- Perjanjian ASEAN tidak mengandungi mekanisme penguatkuasaan atau tuntutan ganti rugi.
- Malaysia menekankan tanggungjawab domestik dalam menangani pencemaran jerebu.
- Perubahan perjanjian memerlukan kajian menyeluruh mengenai undang-undang dan diplomasi.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA LUMPUR: Malaysia memilih pendekatan diplomasi bagi menangani isu jerebu rentas sempadan susulan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) tidak memperuntukkan mekanisme penguatkuasaan terhadap negara yang menjadi punca pencemaran.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, perjanjian yang telah berusia lebih dua dekad itu juga tidak membolehkan tuntutan ganti rugi dikenakan terhadap pihak yang menyebabkan pencemaran berkenaan.
“Bagaimanapun, AATHP masih relevan sebagai kerangka kerjasama serantau yang berteraskan prinsip konsensus, kerjasama serta penghormatan terhadap kedaulatan negara anggota ASEAN.
“Perjanjian ini tidak memperuntukkan mekanisme penguatkuasaan antara negara ataupun tuntutan ganti rugi,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.